jari orang minyak tolong tukar saluran TV

  • Share
Jari Hantu Muncul Tukar Channel TV 

Diganggu orang minyak ketika berada di dalam rumah adalah antara pengala*man yang tidak dapat dilupakan oleh seorang kanak perempuan berusia 8 tahun.

Kanak-kanak terbabit, Nurul Aishah Abdul Jamal berkata, dia terkejut selepas terpandang jari berwarna hitam tiba-tiba muncul dan menukar siaran televisyen kira-kira 10.45 malam, 31 Disember lalu.

Menceritakan kisah itu, Nurul Aishah berkata, dia pada mulanya mengagak kakaknya sedang bergurau untuk menakut-nakutkannya.

“Bila saya toleh ke kiri saya nampak orang warna hitam, kurus dan tinggi, macam tidak pakai seluar berdiri di dalam bilik dan kemudian hilang begitu sahaja,” katanya ketika ditemui.
Difahamkan ketika kejadian dia sedang menonton siaran Astro Ceria sebelum rancangan itu berubah ke siaran TV3.

Sementara itu, bapanya, Abdul Jamal Mohd Isa, 53, berkata, anaknya itu hanya menceritakan tentang perkara yang dialami sehari selepas kejadian itu.

“Ketika kejadian ibu dan kakaknya berada di rumah dia langsung tidak cerita apa-apa sehinggalah keesokannya, itu pun setelah dia ternampak seorang lelaki bertubuh gelap,” katanya.

Menurutnya kejadian itu benar-benar menakutkan, namun dia bersyukur anaknya tidak trauma dan tidak diapa-apakan oleh makhluk itu.

“Pelik sebab ketika kejadian di luar rumah ramai penduduk sedang sibuk menyiapkan makanan untuk sambutan tahun baru 2012, jadi berkemungkinan makhluk cuba mengambil kesempatan muncul di dalam rumah,” katanya.

Difahamkan kejadian yang menimpa anaknya itu merupakan kali kedua dilaporkan berlaku di pangsapuri berkenaan sebelum ini.
Moral: Sentiasalah pegang remote ..kalau dia tukar chanel..cepat tukar balik chanel tu..kalau x ..teganggu jer nak tengok tv..siot punya hantu !!

Read More

nora danish mabuk dan separuh bogel ?

nora danish seksi

Semalam kecoh dikatakan Gambar seorang pelakon wanita mabuk separuh bogel selepas pulang dari umrah. Dan gambar yang tersebar itu dikatakan gambar Nora Danish mabuk dan separuh bogel. Ramai yang membuat spekulasi yang Nora Danish ni masih lagi bersosial keterlaluan walaupun baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah.. Hakikatnya semua gosip itu nyata salah dan mungkin ianya kerja orang yang ingin menjatuhkan Nora Danish..
Melalui satu sumber dari mana gambar itu diambil, Gambar itu adalah gambar ketika Nora Danish bercuti di Bali bersama bekas keluarga iparnya.. Dan gambar itu bukan lah di kelab malam serta diambil sebelum Nora Danish mengerjakan umrah baru-baru ini.. Jadi ternyata la gosip Nora Danish mabuk di salah satu kelab malam itu salah dan jauh meleset..
Nora Danish juga memakai seluar pendek ketika bercuti di Bali dan bukanya skirt pendek sehingga menampakan seluar dalamnya (tapi masih lagi pendek). Apa-apa pun sama-sama la kita tunggu kenyataan rasmi daripada Nora Danish sendiri mengenai gosip ini..

 sumber
Read More

Gempar katak merah dijumpai di laman rumah

Katak berwarna merah yang ditemui anak Kamsah, Mohd Fakrul Ikwan di halaman rumah mereka, semalam.
MARANG – Sebuah keluarga yang tinggal berdekatan bangunan rumah kedai Majlis Daerah Marang (MDM) di Wakaf Tapai dekat sini, terkejut apabila anak mereka yang berumur sembilan tahun menemui spesies baru katak berwarna merah di halaman rumah mereka.
Menurut ibu kanak-kanak terbabit, Kamsah Ludin, 38, sejak tinggal di kawasan berkenaan beberapa tahun lalu, dia tidak pernah menemui katak sebegitu.

“Kami terkejut selepas Mohd Fakrul Ikwan (anak) memberitahu ada seekor katak berwarna merah di halaman rumah.
“Selepas haiwan seberat lebih kurang 15 gram itu berjaya ditangkap bapanya, kami menyimpannya di dalam sebuah bekas,” katanya.
Menurut Kamsah, katak kecil sepanjang kira-kira dua sentimeter dan berwarna merah itu kelihatan amat menarik.
“Tertarik dengan warnanya, kami menyimpannya untuk tatapan mereka yang ingin melihatnya,” katanya semalam.
Maklumat yang diperoleh daripada beberapa laman web di internet semalam, mendapati katak berwarna merah itu ada persamaan dengan spesies katak merah ditemui di Costa Rica, Brazil berdasarkan warna dan bentuknya.
Inilah Katak Merah Costa R.ica yang dipaparkan dalam laman web indonesia.mongabay.com yang menyerupai katak merah yang ditemui keluarga Kamsah.
Bagaimanapun, laman web indonesia.mongabay.com itu tidak mengandungi maklumat lanjut dan terperinci mengenai katak merah yang dinamakan sebagai ‘Katak Merah Kosta Rika’ itu.
Selain itu, dalam Biology–blog.com, blogger terbabit menyifatkan spesies itu berasal dari pergunungan Haiti, Hawaii dengan nama saintifiknya ‘Eleutherodactylus audanti’.
Namun, maklumat terperinci mengenai spesies katak merah itu juga tidak dinyatakan lebih lanjut.
Mengulas lanjut, Kamsah berkata, dia akan menyimpan haiwan amfibia itu dan bersedia memberikan jika ada pihak yang ingin mengkaji spesies baru ditemui itu.
Sinar
Read More

4 Tahap Mendidik Anak Menurut Ulama Islam


Ilmu mendidik anak-anak sangat penting dalam dunia yang moden dan mencabar seperti zaman sekarang. Sebagai ibu bapa kita perlu mengetahui cara yang betul dalam soal mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa. Terdapat 4 tahap mendidik anak-anak yang disarankan oleh ulama.

Menurut ulama Islam, terdapat 4 tahap dalam mendidik anak-anak:

1. Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun).
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang seperti mana haiwan menjaga anaknya.

2. Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun) 
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) 
Hendaklah kita mendidik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat: Anak berumur lebih daripada 21 tahun
Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Read More

Kekasih Sejati Lionel Messi Yang Sangat Cantik


Buenos Aires - Kehidupan penyerang Barcelona Lionel Messi memang jauh dari hingar bingar kehidupan glamor pemain bola sepak. Tak banyak yang tahu bahawa Messi memiliki kekasih yang cantik jelita.

Nama kekasih Messi adalah Antonella Roccuzzo. Antonella adalah gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Argentina. Dia lahir di Rosario, yang juga merupakan tempat kelahiran Messi.

Kedua-duanya sudah kenal sejak sama-sama berusia 5 tahun. Messi mengenal Antonella kerana wanita itu merupakan sepupu sahabatnya, Lucas Scaglia.


Dengan status superstar bolasepak, Messi sebenarnya banyak digoda wanita cantik. Mulai dari model Playboy Argentina, Luciana Salazar, sampai dengan model lingerie asal Catalonia, Macarena Lemos. Namun, Messi diam saja. Ia sama sekali tak tergoda dengan rayuan-rayuan maut wanita-wanita di sekelilingnya.

Bagi Messi, Antonella adalah satu-satunya wanita yang sesuai untuknya kerana telah mengenal Messi sejak zaman susahnya dulu hinggalah sekarang. Messi sendiri selalu sembunyi-sembunyi ketika keluar berdating dengan Antonella.

Kini keduanya sudah tinggal bersama di Barcelona. Dan tak lama lagi, cinta mereka akan segera dirasmikan dalam sebuah pernikahan.


Read More